Sunday, January 1, 2012

Coretan 2011

Tirai 2011 sudah dilabuhkan...tirai 2012 pula tersingkap...apa yang pasti kini kita semua sudah meningkat usia..Selamat Datang 2012 dan selamat berpisah 2011. Kepada pembaca sekalian SM doakan moga tahun 2012 yg baru melangkah ini akan menjadi medan perjuangan kita semua untuk menjadi yg lebih baik dari 2011 dalam apa jua lapangan anda..


Buang yang keruh ambil yang jernih..itulah pepatah yang seringkali SM pegang setiap kali melangkah ke tahun baru. Dalam 365 hari yang lalu mungkin beribu-ribu,mungkin berjuta-juta peristiwa hitam putih, pahit manis dalam kehidupan seharian kita yang tidak mungkin dapat kita ingat setiap peristiwa itu satu persatu dari 1hb Januari 2011 hinggalah detik 11:59pm 31hb Disember 2011..walaubagaimanapun mungkin ada sesetengah peristiwa dalam hidup kita yang sentiasa bermain di fikiran kita. Maka yang itulah yang harus kita jadikan panduan untuk 2012 ini..


Kenangan lalu...

JANUARI & Mei 2011 –

SM akhirnya berjaya menyiapkan Latihan Ilmiah (Thesis) untuk pengajian Sarjana Muda Usuluddin di Universiti Malaya dan SM juga menoktahkan jawapan SM dalam final exam pada 5hb MEI 2011 tepat jam 4.45 petang.

Saat sedih untuk meninggalkan bumi Universiti Malaya dan yang paling sedih adalah untuk meninggalkan rakan-rakan PEMALU (Persatuan Mahasiswa Kinabalu)...

P/s: Kepada semua ahli PEMALU, SM rindukan kamu semua...moga kita dapat berjumpa lagi...



JUN & JULAI 2011 -

Kerjaya sambilan sebagai tukang kayu.. Bulan ni mengajar SM bagaimana rasanya bekerja sebagai seorang buruh yang dikelilingi dengan mat-mat indon dan mat-mat bangla & Nepal. Yang boleh SM nasihatkan di sini, jangan kamu hina mereka-mereka ini (buruh-buruh) kerana mereka ini mengerah segala kudrat yang ada untuk mencari rezeki yang halal.

9 Julai 2011, siapa tidak ingat peristiwa pada tarikh ini SM cadangkan kamu mintalah kerakyatan Negara Somalia sana..hahaha..Masih ingat BERSIH2.0?? inilah satu-satunya perhimpunan aman terbesar yang pernah SM sertai. Walaupun semangat reformasi tu kuat tapi masih lagi mendebarkan...maklum lah..1st time.. harap2 kerajaan tunaikan lah 8 tuntutan ni..bukan nak hapuskan kuasa Melayu pon. Cuma nak transformasi dalam PRU.. tu je..


OKTOBER 2011 -


Bulan keriangan bulan kepuasan dan bulan kegembiraan... 3 tahun memegang title “Mahasiswa” kini bertukar menjadi “Graduan”. Alhamdulillah satu family hadir pada majlis konvokesyen SM kecuali Maawa yang sedang bertungkus lumus berjuang dalam PMR...dan yang paling manis my sweetheart pun datang jugak..SM pun apa lagi, terus kenalkan pada mak & abah..hehehe...doa-doakan la untuk yg seterusnya ye...

Ini semua peristiwa-peristiwa penting dalam hidup SM sepanjang 2011 yg lepas..Mudah mudahan apa yg berlalu memberi manfaat kepada SM dan kita semua..Dan di kesempatan ini juga SM ingin mengucapkan tahniah pada Haji Abang Long Husnaa (bukan mana2 pertubuhan) atas title Haji yang baru dapat tu..dan tahniah juga pada Akak & Abg Safa atas kelahiran hero kedua...hehehe...



Untuk 2012, doakan mudah-mudahan murah rezeki SM untuk tahun ni..aminnn....


p/s : Tunggu 12 Disember 2012....

Sunday, June 19, 2011

Kini Kembali...


kembali memang kembali...Dah hampir 3 bulan SM tak update blog ni..3 bulan ni jugak SM sibuk menyiapkan tesis (paper project) & final exam tuk melayakkan diri ini memegang title siswazah ijazah sarjana muda Usuluddin..dan alhamdulillah sekiranya panjang umur,SM akan bergraduasi pada awal oktober depan...

sebenarnyaaaa.....bukan SM yg kembali yg SM nak kongsikan kali ni... SM cuma mahu kongsi cerita pasal penganjuran kembali perhimpunan BERSIH versi 2.0 yang akan diadakan di ibu negara pada 9 Julai 2011 nanti insyaAllah..Perhimpunan yang sama yang bertujuan menuntut sistem pilihanraya yang adil ini telah pernah diadakan sebelum ini pada tahun 2008 yang menghimpunkan 100k orang. Kini penganjuran BERSIH 2.0 ini menganggarkan 500k orang akan turun ke ibu kota.

Di televisyen, Penganjuran BERSIH menerima banyak komen-komen negatif terutamanya dari pihak polis dan pihak penyokong kerajaan barisan nasional. Pihak polis menerusi timbalan ketuanya telah mengeluarkan kenyataan akan menangkap mereka-mereka yang menyertai perhimpunan itu. Tapi SM percaya ugutan tangkapan itu tidak sedikit pun melunturkan semangat para pendukung demokrasi sebenar apatah lagi berpatah balik & sembunyi di rumah.
Selain pihak polis, terdapat beberapa NGO yang turut mengecam perhimpunan ini dan diantaranya ialah PERKASA. PERKASA yang diketuai Ibrahim Ali yang merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas akan menganjurkan satu perhimpunan pada waktu yang sama (9 Julai) untuk melawan perhimpunana BERSIH 2.0.

Walaubagaimanapun, SM yakin sasaran awal untuk mengumpulkan 500k orang dalam perhimpunan ini akan tercapai walaupun ugutan, kecaman, dan pelbagai lagi tohmahan telah dihebah dan diuar-uarkan di media-media tempatan. Sesungguhnya tohmahan-tohmahan dan kecaman-kecaman yg keluar di media televisyen itu hanya akan dimakan bulat-bulat oleh mereka-mereka yang masih dibuai mimpi-mimpi bik mama...dan bagi mereka yang telah sedar, SM yakin mereka pasti akan bersama-sama SM di bandaraya Kuala Lumpur pada 9 Julai nanti..


Doakan agar semuanya selamat insyaAllah..

Saturday, April 2, 2011

Balenggang pata-pata~~~



Sem ke-3 SM di Universiti Malaya, SM ada mengambil satu subjek perbandingan agama iaitu Islam dan Agama Semitik. Pernah sekali dalam kelas, pensyarah SM ni ada berbicara berkenaan dengan tarian poco-poco ini dan apa kaitannya dengan agama Kristian. Sejak dari tu SM mencari apakah hukum sebenar tarian ini. Haram ke Harus?? Maka topik ini sentiasa menjadi topik perbualan SM di cafe-cafe bila duduk-duduk berbual dengan kawan-kawan PEMALU yang lain.

Sudah menjadi rutin harian SM apabila bangun pagi, SM akan wajibkan diri SM tuk on kan laptop dan baca berita di akhbar-akhbar online. Hujung bulan mac, SM terbaca satu artikel akhbar yang menyatakan bahawa Jabatan Mufti Negeri Perak telah mengeluarkan fatwa berkenaan pengharaman Poco-poco. Apabila SM baca hujah-hujah yang dikemukan, ya..memang SAH ianya berkait dengan ritual agama Kristian.

Berkait dengan tarian ini, Prof. Madya Dr Mohd Asri (DR Maza) berbeza pendapat dengan fatwa di atas. Beliau berpendapat bahawa tarian ini hukum nya HARUS di ats beberapa hujah. Walaubagaimana pun, keharusan yang beliau nyatakan ada beberapa syarat iaitu bukan bertujuan ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah dan diiringi dengan perbuatan yang haram seperti arak dan seks bebas.

Dalam pertembungan antara 2 pendapat ini, SM memuji cara dan adab yang ditonjolkan oleh bekas mufti Perlis ini. walaupun beliau mempunyai pendapat yang berbeza, tetapi beliau masih lagi menghormati pendapat yang lain. Dalam tulisannya di drmaza.com, beliau memulakan tulisannya dengan penuh beradab. Tidak ramai ilmuan masa kini punyai akhlak sebegini ketika berbeza pendapat. Dengan ini SM tabik spring pada Dr Maza...

Kepada pembaca sekalian, antara 2 pendapat ini ada hujah-hujah nya tersendiri. Jadi lihatlah antara keduanya dan cari lah yang terbaik antara keduanya itu. Jika kamu tidak bersetuju dengan pendapat yang lain, jangan kamu cemuh ia dengan kata-kata dusta..seseungguhnya khilaf itu rahmah...