Wednesday, March 16, 2011

Sejarah Hitam Nuklear



Baru-baru ni ramai orang mula bimbang dengan kesan radiasi dari loji nuklear di Jepun yang meletup. Perkara ini menarik SM tuk bawa sedikit kisah hitam berkaitan nuklear. Bermula dengan penggunaan bom atom atau nuklear dalam peperangan dunia kedua. Bandar Hirosyima dan Nagasaki menjadi mangsa kesan yang amat dasyat dalam dunia peperangan. Tanggal 6 ogos 1945, "little boy" telah digugurkan diatas bandaraya Hirosyima dan 3 hari berikutnya "Fat Man" pula digugurkan di atas bumi Nagasaki. Ini semua dilakukan oleh ketenteraan Amerika Syarikat yang pada ketika itu merupakan satu negara yang mempunyai kuasa nuklear. Akibat dari pengeboman nuklear ini, dianggarkan lebih 70000 orang mati akibat kesan serta merta letupan itu. Dan di akhir tahun 1945 itu, dianggarkan 90000 orang hingga 140000 orang mati akibat kesan-kesan lain seperti penyakit dan kebakaran. Dan yang paling membuka mata SM ialah awal tahun 1950 dianggarkan sebanyak 200000 orang mati. Begitu cepat peningkatan kadar kematian akibat kesan nuklear ini.

Di Nagasaki pula jumlah kematian kurang berbanding di Hirosyima kerana faktor muka bumi yang mengurangkan impak kesan nuklear itu. Walaubagaimanapun kematiannya mencecah 40000 orang hingga 75000 orang. Kebanyakkan mereka yang mati adalah rakyat biasa yang langsung tidak ada kena mengena dengan peperangan.


Pada tahun 1986,di Chernobyl, satu lagi malapetaka membabitkan nuklear. Tapi kali ni ianya bukanlah disebabkan peperangan, tetapi ianya kerana masalah teknikal disebabkan kelalaian manusia. Sejarah malapetaka ini bermula ketika mana pekerja sedang melakukan ujian dengan sistem keselamatan reaktor ketika mana sistem keselamatan reaktor ini yang dikawal komputer dimatikan. Ketika ujian ini terdapat beberapa masalah yang SM sendiri tak reti nak ceritakan. Maklumlah SM bukan belajar dalam bidang sains..Akibat dari masalah ini, reaktor keempat Stesyen Janakuasa Nuklear Chernobyl menghasilkan sejumlah besar wap, akhirnya menyebabkan pembebasan wap dan letupan yang memusnahkan sebahagian reaktor. Disebabkan itu udara di bandar Chernobyl ini tercemar dengan pencemaran nuklearnya 100 kali ganda melebihi bom nuklear Hiroshima dan Nagasaki dan pencemaran ini sampai ke negara jiran mereka iaitu Belarus. Kesan daripada insiden ini, terdapat 4000 kes kanser tiroid dikesan di negara Rusia, Ukraine dan Belarus sekitar tahun 1992-2004. Selain itu juga, bandar Chernobyl ini telah dikosongkan sehingga kini. Dan sekarang kamu bayangkan sebuah bandar yang punyai banyak pembangunan tetapi tidak lagi berpenghuni. Itulah yang berlaku di Chernobyl.



Kini berlaku lagi satu insiden yang membabitkan nuklear. Kali ini ianya balik semula ke Jepun, sebuah negara yang pastinya umum ketahui ianya maju dan mempunyai teknologi yang begitu tinggi. Insiden ini bermula apabila berlakunya gempa bumi yang berukuran 8.9 skala ritcher yang melanda negara Jepun. Musibah yang disusuli dengan kejadian tsunami setinggi 10 meter itu mengakibatkan beberapa reaktor nuklearnya di Fukushima terbakar dan kini kerajaan Jepun berhadapan dengan kesan radiasi nuklear itu. Oleh itu, kerajaan Jepun kini telah memindahkan rakyatnya yang tinggal dalam kawasan 30km dari loji berkenaan. Tetapi sehingga kini tidak ada lagi berita kematian akibat pencemaran nuklear itu.



Kesimpulannya, adakah anda masih lagi berpendirian bahawa Malaysia mesti membangunkan teknologi nuklear di negara ini??? Pertimbangkanlah baik dan buruknya teknologi ini dan lihatlah sendiri adakah Malaysia mampu membangunkannya berdasarkan faktor kepakaran dan sebagainya...SM sama sekali tidak menafikan bahawa tenaga nuklear ini ada baiknya. Tetapi SM sendiri tetap tidak bersetuju dengan pembangunan teknologi nuklear di Malaysia ini walaupun ianya dibangunkan oleh tenaga-tenaga yang amat pakar..