Saturday, April 2, 2011

Balenggang pata-pata~~~



Sem ke-3 SM di Universiti Malaya, SM ada mengambil satu subjek perbandingan agama iaitu Islam dan Agama Semitik. Pernah sekali dalam kelas, pensyarah SM ni ada berbicara berkenaan dengan tarian poco-poco ini dan apa kaitannya dengan agama Kristian. Sejak dari tu SM mencari apakah hukum sebenar tarian ini. Haram ke Harus?? Maka topik ini sentiasa menjadi topik perbualan SM di cafe-cafe bila duduk-duduk berbual dengan kawan-kawan PEMALU yang lain.

Sudah menjadi rutin harian SM apabila bangun pagi, SM akan wajibkan diri SM tuk on kan laptop dan baca berita di akhbar-akhbar online. Hujung bulan mac, SM terbaca satu artikel akhbar yang menyatakan bahawa Jabatan Mufti Negeri Perak telah mengeluarkan fatwa berkenaan pengharaman Poco-poco. Apabila SM baca hujah-hujah yang dikemukan, ya..memang SAH ianya berkait dengan ritual agama Kristian.

Berkait dengan tarian ini, Prof. Madya Dr Mohd Asri (DR Maza) berbeza pendapat dengan fatwa di atas. Beliau berpendapat bahawa tarian ini hukum nya HARUS di ats beberapa hujah. Walaubagaimana pun, keharusan yang beliau nyatakan ada beberapa syarat iaitu bukan bertujuan ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah dan diiringi dengan perbuatan yang haram seperti arak dan seks bebas.

Dalam pertembungan antara 2 pendapat ini, SM memuji cara dan adab yang ditonjolkan oleh bekas mufti Perlis ini. walaupun beliau mempunyai pendapat yang berbeza, tetapi beliau masih lagi menghormati pendapat yang lain. Dalam tulisannya di drmaza.com, beliau memulakan tulisannya dengan penuh beradab. Tidak ramai ilmuan masa kini punyai akhlak sebegini ketika berbeza pendapat. Dengan ini SM tabik spring pada Dr Maza...

Kepada pembaca sekalian, antara 2 pendapat ini ada hujah-hujah nya tersendiri. Jadi lihatlah antara keduanya dan cari lah yang terbaik antara keduanya itu. Jika kamu tidak bersetuju dengan pendapat yang lain, jangan kamu cemuh ia dengan kata-kata dusta..seseungguhnya khilaf itu rahmah...