Friday, December 24, 2010

"Soalan Yg Pasti"



Firstly nak tabik spring pada See Sharp Minor atas kejayaan bikin video klip ni..Dan tak lupa jugak tuk Kumpulan Az-Zikr yang memenangi pertandingan nasyid di Festival Nasyid Kebangsaan 2010 (FNK10) dengan lagu mereka "soalan yg pasti". Congrats to all of u..

Sahabat-sahabat... "Soalan Yg Pasti" ni sudah pasti akan membawa anda yg mendengarnya bermuhasabah diri dengan mengingati kematian, kerna cara inilah yg diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam bermuhasabah. Selain itu, Rasulullah juga mengkategorikan manusia yang sentiasa mengingati mati sebagai manusia paling bijaksana.

So, jom lah kita sama-sama ingat kepada yg "pasti" ini kerana dalam perjalanan hidup kita ini, akan pasti kita akan merasai MATIIII.


“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya" (Ali Imran: 185).

Sunday, December 5, 2010

Kembalikan HAK kami!!!


Post kali ni aku just nak gambarkan keadaan ketika demonstrasi air Selangor di Masjid Negara yang dianjurkan oleh kerajaan nergeri Selangor yang membantah tindakan SYABAS yang mahu menaikkan tarif air di Selangor. Sekitar jam 11 pagi para penyokong bantahan yang terdiri daripada penduduk-penduduk Selangor, Lembah Kelang, Putrajaya dan Lain-lain (termasuk aku)telah mula berkumpul..




Antara pemimpin-pemimpin Parti yang turut hadir memberi sokongan adalah pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Selangor seperti Tan Sri Khalid Ibrahim, Dr Badrul Amin, Teresa Kok, Ronnie Liew, Gobind Singh Deo, dan ramai lagi. Pimpinan PAS juga turut hadir antaranya Mohamad Sabu & Mohamad Taufek Abd Ghani (ADUN Paroi).








Demonstrasi start lepas solat zuhur dengan dimulakan dengan ucapan wakil pimpinan kerajaan negeri dan pimpinan mahasiswa dan kemudiannya beberapa pimpinan kerajaan negeri pergi ke Istana Negara dengan diketuai YB Menteri Besar Selangor. Kemudian para penyokong mula berarak ke Istana Negara tetapi perarakan itu disekat oleh ratusan anggota polis & FRU yang kemudiannya menyembur para penyokong dengan Water Cannon & Menembak asap pemedih mata kearah himpunan penyokong.


Nak dijadikan cerita,selepas je gambar diatas ni di"snap", tiba-tiba polis mula menyerbu dataran Masjid Negara yang dipenuhi oleh para penyokong Merah. Aku pun terpaksa la lari kerana takut. Sbb tu la aku tak dpt snap insiden kejar mengejar antara polis dan para penyokong. Kadang-kadang rasa menyesal gak tak dapat rakam saat-saat dikejar polis. Tapi pe boleh buat, keselamatan diri harus diutamakan.


Diatas adalah keadaan dimana selepas keadaan yang tadinya kecoh dek insiden kejar mengejar kembali tenang dengan pihak penganjur demonstrasi membuat rundingan dengan Polis yang mahu para penyokong bersurai. Sebenarnya pada masa ini, para penyokong dah nak mula bersurai. Tapi takut dengan kepungan yg dilakukan oleh pihak Polis. Maka ada diantara penyokong yang mengambil keputusan tuk i'tikaf sebentar di Masjid Negara sambil menunggu waktu Asar masuk. Dan selepas waktu Asar barulah keadaan di Masjid Negara kembali lengang.

*walaupun timbul perasaan takut dalam hati ni, tapi ianya tak menghalang ku tuk berusaha mempertahankan hak aku sebagai mahasiswa yang belajar di lembah klang yang mungkin akan terkesan dengan kenaikkan tarif air oleh SYABAS ni. TAHNIAH KEPADA SEMUA YG TURUN!! ANDA SEMUA MEMANG BERANI!!