Sunday, December 5, 2010

Kembalikan HAK kami!!!


Post kali ni aku just nak gambarkan keadaan ketika demonstrasi air Selangor di Masjid Negara yang dianjurkan oleh kerajaan nergeri Selangor yang membantah tindakan SYABAS yang mahu menaikkan tarif air di Selangor. Sekitar jam 11 pagi para penyokong bantahan yang terdiri daripada penduduk-penduduk Selangor, Lembah Kelang, Putrajaya dan Lain-lain (termasuk aku)telah mula berkumpul..




Antara pemimpin-pemimpin Parti yang turut hadir memberi sokongan adalah pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Selangor seperti Tan Sri Khalid Ibrahim, Dr Badrul Amin, Teresa Kok, Ronnie Liew, Gobind Singh Deo, dan ramai lagi. Pimpinan PAS juga turut hadir antaranya Mohamad Sabu & Mohamad Taufek Abd Ghani (ADUN Paroi).








Demonstrasi start lepas solat zuhur dengan dimulakan dengan ucapan wakil pimpinan kerajaan negeri dan pimpinan mahasiswa dan kemudiannya beberapa pimpinan kerajaan negeri pergi ke Istana Negara dengan diketuai YB Menteri Besar Selangor. Kemudian para penyokong mula berarak ke Istana Negara tetapi perarakan itu disekat oleh ratusan anggota polis & FRU yang kemudiannya menyembur para penyokong dengan Water Cannon & Menembak asap pemedih mata kearah himpunan penyokong.


Nak dijadikan cerita,selepas je gambar diatas ni di"snap", tiba-tiba polis mula menyerbu dataran Masjid Negara yang dipenuhi oleh para penyokong Merah. Aku pun terpaksa la lari kerana takut. Sbb tu la aku tak dpt snap insiden kejar mengejar antara polis dan para penyokong. Kadang-kadang rasa menyesal gak tak dapat rakam saat-saat dikejar polis. Tapi pe boleh buat, keselamatan diri harus diutamakan.


Diatas adalah keadaan dimana selepas keadaan yang tadinya kecoh dek insiden kejar mengejar kembali tenang dengan pihak penganjur demonstrasi membuat rundingan dengan Polis yang mahu para penyokong bersurai. Sebenarnya pada masa ini, para penyokong dah nak mula bersurai. Tapi takut dengan kepungan yg dilakukan oleh pihak Polis. Maka ada diantara penyokong yang mengambil keputusan tuk i'tikaf sebentar di Masjid Negara sambil menunggu waktu Asar masuk. Dan selepas waktu Asar barulah keadaan di Masjid Negara kembali lengang.

*walaupun timbul perasaan takut dalam hati ni, tapi ianya tak menghalang ku tuk berusaha mempertahankan hak aku sebagai mahasiswa yang belajar di lembah klang yang mungkin akan terkesan dengan kenaikkan tarif air oleh SYABAS ni. TAHNIAH KEPADA SEMUA YG TURUN!! ANDA SEMUA MEMANG BERANI!!

No comments:

Post a Comment