Thursday, January 27, 2011

Semangat Anak Muda Tunisia


Satu semangat yang bangkit menerjah ke dalam seluruh sosok tubuh anak muda Tunisia selepas "pulang"nya seorang anak muda yang berani menemui Sang Pencipta. Anak muda yang berani ini bukanlah calang-calang anak muda. Anak muda ini adalah seorang anak muda yang menyimpan segulung ijazah. Akan tetapi anak muda ini tidak berpeluang mendapatkan perkerjaan kerana mungkin inilah "sunnah" kehidupan graduan-graduan di Tunisia. Bertahun-tahun menunggu datangnya peluang perkerjaan. Bebanan harapan dari keluarga terus dipikul sebagai seorang anak yang soleh. Maka, menjaja buahan dan sayuran lah jalan terakhir yang dipilih untuk terus menyuap nasi pada ibu, adik dan keluarga.


Bagai jatuh ditimpa tangga, hidup anak muda ini terus ditimpa malapetaka. Satu-satu nya jalan mencari sesuap nasi telah dirampas oleh sang penguasa. Cubaan untuk mendapatkan-nya semula juga menemui kegagalan. Maka, ditanam didalam hati untuk menjatuhkan kerakusan sang penguasa dengan membakar dirinya sendiri tanda bantahan. Berita kematian anak muda inilah yang telah menyentap fikiran setiap diri anak muda di Tunisia supaya bangkit menentang kekejaman sang penguasa yang sudah bermaharajalela 23 tahun lamanya. Dan dengan semangat inilah satu sejarah telah tercatat yang menyebut bahawa "kuasa rakyat lebih hebat dari kuasa sebuah rejim".



Disini SM tidak mahu cerita tentang kerakusan sang penguasa itu. Kerana apa yang penting adalah SEMANGAT anak muda Tunisia ini yang harus diambil dan ditanam dalam diri setiap anak muda seluruh dunia termasuklah kamu-kamu yang membaca entry ini. Janganlah berbunyi pepatah ini "sudah terhantuk baru tegadah" dalam kehidupan kita. Biarlah kesedaran itu datang terlebih dahulu awal dari keseksaan. Kini, semangat anak muda Tunisia ini telah meresap dalam jiwa-jiwa anak muda di Mesir. Mereka juga bangkit menentang kekejaman dan kerakusan sang penguasa. Sebagai seorang anak muda, SM berdoa semoga Allah memelihara jiwa anak-anak muda ini. InsyaAllah...





Sedarlah sebelum barah menjadi parah..lakukanlah perubahan...

No comments:

Post a Comment