Monday, January 3, 2011

Warkah 2011


Salam tahun baru pada semua pembaca.. Harapnya tak lah terlambat sangat ucapan ni.

Hmmmm.... 2010 dah pun berlalu dan tahun-tahun yg sebelumnya juga semakin jauh meninggalkan kita. Ini menandakan yang umur kita dah makin meningkat. Harapnya, mana yang dulu keruh dapat lah dijernihkan, mana yang buruk itu dapat lah dicantikkan dan mana yang tidak baik itu dapat lah ditinggalkan. Seperti sudah menjadi adat kebiasaan, setiap kali tahun baru menjelma pasti setiap orang memasang azam yg tersendiri. Ada yang mahu kahwin la, ada yang mahu berhenti merokok la dan macam-macam lagi. SM tak boleh nak komen apa-apa la pasal azam tu sebab itu hak masing-masing. Asalkan ianya baik, SM hanya iringkan dengan doa semoga berjaya..

Azam-azam jugak, tapi jangan lah dilupakan terus pada tahun yang dah berlalu tu. Setiap tahun yang berlalu itu sudah pasti mempunyai sejarahnya tersendiri yang dicipta oleh kita samada dalam keadaan sedar atau tidak. Cuba kita imbas kembali tahun 2010 yang baru sahaja berlalu. Apakah didalam tahun 2010 itu anda semua sudah berubah kepada yang lebih baik berbanding tahun 2009?? atau adakah anda semua masih dalam takuk yang sama?? Jika masih sama SM harap tahun 2011 ni akan membawa sinar perubahan pada kita semua. Yang boleh mengubah diri kita adalah diri kita sendiri. Bukan mak, bukan abah, bukan cikgu, bukan pakwe, bukan makwe & senang cakap bukan orang lain!! tapi diri kita sendiri. Mereka-mereka yang disekeliling kita ini hanya membantu. Mak, Abah, Cikgu hanya mencorakkan. Tapi sejauh mana corak itu berterusan adalah bergantung pada diri sendiri. Firman Allah dalam surah Ar-Ra'd : “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri".

Dalam 2010, banyak perkara yang berlaku dan ada diantaranya sudah terpahat didalam memori kita ini. Bila SM menyorot kembali tahun 2010, yang SM ingat hanya sikit je isu yang hot yang berlaku dalam 2010 antaranya bantuan kemanusian ke Gaza yang diserang Israel, Malaysia menang AFF Suzuki Cup, Pendedahan wikilieaks, dan kemalangan maut yang melibatkan bus dekat melaka tu. Walaubagaimanapun, yang SM nak sentuh sekarang ni adalah berkenaan dengan pendedahan wikileaks tu.. Bagi SM isu ni amat serius kerana ianya ada melibatkan hal pemerintahan negara.


Dalam pendedahan wikileaks tu, terdapat satu penyataan dari salah seorang menteri dari sebuah negara jiran yang mengatakan bahawa pentadbiran Malaysia ini lemah. Wikileaks juga mendedahkan bahawa Perdana Menteri negara yang sama juga percaya bahawa D.S. Anwar memang terlibat dengan kes liwat. Dan baru-baru ni SM ada terbaca satu blog yang mengatakan bahawa wikileaks juga mendedahkan seorang menteri dalam kabinet Malaysia ini merogol amah (orang gaji)nya.Sejauh mana kebenarannya SM tak berani nak cakap kerana SM masih mencari bukti. Akan tetapi yang membuatkan SM sedih sangat-sangat adalah kerana kerajaan seolah-olah terlalu memandang berat pada pendedahan kedua yg SM nyatakan kat atas berdasarkan apa yang disiarkan oleh media dalam berita di televisyen dan akhbar-akhbar. Bagi pendapat SM, Kerajaan sepatutnya mengambil berat pendedahan yang pertama tu sebab SM lihat macam negara jiran tu nampak macam ada pasang spy. Kalau betul apa yang SM fikirkan ianya akan menjadikan negara terancam dengan negara luar. So, SM harap para pentadbir negara yang telah dipilih oleh rakyat yang ada sekarang ini mengambil berat isu ni. Walaupun ianya dah lama tapi SM yakin isu-isu seperti ini tidak akan hilang jika tak ditangani.


Sempena dengan tahun baru yg sudah lima hari menjengah, SM harap kepada semua pihak samada dari pihak kerajaan mahupun bukan kerajaan supaya terus berusaha berganding bahu meningkatkan prestasi pentadbiran kerana orang luar dah "cop" pentadbiran Malaysia lemah. Bangun lah dari tidur pemimpin semua. Ada rakyat kamu dalam kesempitan.

Kepada kawan-kawan, SM harap tahun 2011 ni terus memberikan kita untuk terus berubah menuju kebenaran.. Matangkan pemikiran dengan berfikir secara mendalam.. HAPPY NEW YEAR!!! lets go to the truth...

No comments:

Post a Comment